Kanak-kanak usia 10 hingga 14 tahun terlibat dadah meningkat

8 Aug 2026 • 3:34 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kanak-kanak usia 10 hingga 14 tahun terlibat dadah meningkat

BESUT: Kanak-kanak berusia antara 10 tahun hingga 14 tahun dikesan sudah terlibat dengan penyalahgunaan dadah di negeri ini.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) , Datuk Ruslin Jusoh berkata, mengikut statistik, kes melibatkan dadah dalam kalangan kanak-kanak meningkat sebanyak 16.7 peratus pada tahun ini. 

“Berdasarkan statistik suku pertama 2026, sebanyak tujuh kanak-kanak dalam kumpulan usia berkenaan direkodkan terlibat berbanding enam orang dalam tempoh sama tahun lalu.

“Selain itu, kita juga dapat lihat jumlah penagih atau penyalahgunaan dadah di Terengganu mencatatkan penurunan 7.2 peratus pada suku pertama 2026 kepada 7,582 orang, berbanding 8,174 orang dalam tempoh sama tahun lalu,” katanya pada program Sekolah Angkat Malaysia Madani di Felda Tenang di sini, hari ini. – UTUSAN

 

The post Kanak-kanak usia 10 hingga 14 tahun terlibat dadah meningkat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved