KANSER KOLOREKTAL ADALAH KANSER KEDUA PALING LAZIM DI MALAYSIA.
Data Malaysia 2017–2021 menunjukkan ia menyumbang kira-kira 14.1% daripada semua kanser malah merupakan kanser paling lazim dalam kalangan lelaki dan kedua paling lazim dalam kalangan wanita.
Jadi apabila kita suruh makan lebih banyak fiber, ia bukan semata-mata supaya mudah membuang air besar.
Ada sebab yang lebih penting.
Bayangkan kandungan najis bergerak sangat perlahan melalui usus besar.
Di dalamnya terdapat pelbagai hasil metabolisme, bakteria, asid hempedu dan bahan lain. Sesetengah daripadanya mempunyai potensi menyebabkan kerosakan pada sel.
Lebih lama kandungan ini berada dalam usus, lebih lama dinding usus berpotensi terdedah kepadanya.
Di sinilah fiber membantu.
Fiber meningkatkan isipadu najis dan membantu mempercepatkan intestinal transit time masa yang diperlukan kandungan usus untuk bergerak melalui kolon.
Pada masa yang sama, isipadu najis yang lebih besar membantu mencairkan kepekatan sesetengah bahan mutagenik dalam najis.
Maksud mudah:
kurang pekat + kurang lama bersentuhan dengan dinding usus.
Ini merupakan salah satu mekanisme yang dicadangkan bagaimana fiber boleh membantu mengurangkan risiko kanser kolorektal.
.
Tetapi ada satu lagi perkara menarik.
Bila fiber sampai ke usus besar, bakteria usus akan menapai sebahagian daripadanya dan menghasilkan short-chain fatty acids, antaranya butyrate.
Butyrate penting kepada sel kolon. Kajian eksperimen menunjukkan ia boleh membantu mengawal pembiakan sel, menggalakkan sel abnormal menjalani apoptosis atau kematian sel terancang, serta membantu proses pembezaan sel.
.
Sebab itu kaitan fiber dengan kanser usus bukan sekadar teori.
Analisis besar terhadap 25 kajian prospektif mendapati setiap tambahan sekitar 10 gram fiber sehari dikaitkan dengan kira-kira 10% risiko kanser kolorektal yang lebih rendah.
.
Jadi bila kita cakap:
“Pastikan usus lancar.”
Ia bukan sekadar soal rasa lega selepas ke tandas.
Fiber membantu najis bergerak dengan lebih baik, mengurangkan masa pendedahan dinding kolon kepada kandungan najis dan menghasilkan bahan seperti butyrate yang menyokong kesihatan sel kolon.
Sayur.
Buah.
Oat.
Kekacang.
Dal.
Bijirin penuh.
Tak perlu benda pelik.
Makan fiber setiap hari.
Bukan kerana fiber menjamin kita tidak akan mendapat kanser.
Tetapi kerana apabila bercakap tentang kanser usus, ini adalah salah satu faktor perlindungan yang mempunyai evidence.
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.






