Kantoi Cuba Curi Kabel Elektrik, Lelaki Ditahan Di Kota Samarahan

15 May 2024 • 3:54 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Suspek ditahan oleh pengawal keselamatan

Kantoi Cuba Curi Kabel Elektrik, Lelaki Ditahan Di Kota Samarahan. Seorang lelaki telah ditahan polis setelah ditangkap ketika cuba mencuri kabel elektrik di sebuah pencawang berhampiran pusat membeli-belah di Kota Samarahan sekitar jam 8 pagi semalam.

Ketua Polis Kota Samarahan, DSP Jaimi Husin, berkata suspek sedang disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri.

image is not available
Kantoi Cuba Curi Kabel Elektrik, Lelaki Ditahan Di Kota Samarahan. Sumber: The Borneo Post

“Pengawal keselamatan pusat membeli-belah tersebut sedang membuat rondaan apabila beliau ternampak suspek di pencawang elektrik itu. Suspek cuba melarikan diri dari tempat kejadian tetapi berjaya ditahan oleh pengawal keselamatan,” kata Jaimi.

Beliau berkata, polis kemudian dipanggil ke lokasi untuk menahan suspek.

“Suspek berusia 36 tahun itu didapati mempunyai enam rekod jenayah berkaitan kes kecurian dan aktiviti dadah,” tambah Jaimi.

Semasa penahanan lelaki tersebut, polis menemui pelbagai alat yang dipercayai digunakan untuk mencuri kabel dan beberapa kepingan tembaga di dalam begnya.

Polis turut menyita motosikal suspek, yang telah dibawa ke ibu pejabat polis daerah untuk tindakan lanjut.

Baca lagi artikel menarik: