'Kantoi' dalam 'live' TikTok, rumah simpan stok air ketum diserbu polis

7 Oct 2026 • 6:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Kantoi' dalam 'live' TikTok, rumah simpan stok air ketum diserbu polis
Sebuah rumah diserbu pihak berkuasa selepas 'kantoi' menyimpan air ketum ketika 'live' di TikTok.
Image from: 'Kantoi' dalam 'live' TikTok, rumah simpan stok air ketum diserbu polis
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan pemeriksaan polis di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sri Langkas Tambahan, Puchong pada Selasa.

SUBANG JAYA - [DIKEMAS KINI] Sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sri Langkas Tambahan, Puchong di sini diserbu sebelum menemui puluhan botol disyaki berisi air ketum pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 8.45 malam yang memaklumkan menjumpai beberapa botol disyaki berisi air ketum ketika sedang membuat siaran langsung di TikTok.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, kira-kira jam 9 malam, sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Subang Jaya bersama Balai Bukit Puchong telah memeriksa rumah terbabit.

**media[3670657]**

"Semasa polis tiba, tiada orang dalam rumah tersebut.

"Pemeriksaan menemui satu bekas yang di dalamnya mengandungi 21 botol plastik berisi disyaki cecair ketum dengan anggaran 10,500 mililiter," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kes masih dalam siasatan.

Jelasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan komitmen berterusan dalam membanteras aktiviti pengedaran bahan terlarang.

"Orang ramai diminta terus salurkan maklumat bagi membantu usaha membanteras jenayah," ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Sebelum itu beberapa rakaman video daripada kumpulan aktivis berkaitan isu warga asing di sekitar lokasi tersebut tular di media sosial.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved