Tiga individu diambil keterangan susulan kes bunuh penuntut wanita

7 Oct 2026 • 10:45 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Tiga individu diambil keterangan susulan kes bunuh penuntut wanita

KUANTAN, 7 OKT: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya di sebuah rumah di Jalan Air Putih, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata pihaknya telah memanggil rakan serumah mangsa untuk membantu melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mangsa dan suspek sudah kenal antara satu sama lain lebih kurang setahun dengan kejadian dipercayai akibat cemburu, namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, polis dilaporkan menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu daripada teman lelaki mangsa pada 4.32 pagi sebelum penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) yang berusia 19 tahun itu ditemukan terbaring di katil dalam sebuah bilik sewa di tingkat bawah rumah tersebut.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berumur 19 tahun di lokasi kejadian dan suspek kini direman hingga Isnin depan untuk siasatan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved