Kapal korek pasir tenggelam, semua 19 kru selamat

26 Oct 2026 • 3:14 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kapal korek pasir tenggelam, semua 19 kru selamat

PARIT BUNTAR: Kesemua 19 kru kapal korek pasir MV Vivo Arya yang dilaporkan tenggelam kira-kira 25 batu nautika barat laut Pulau Pasir Hitam, Perak, semalam berjaya diselamatkan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kapten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, seorang daripada kru yang pada awalnya dilaporkan hilang turut ditemukan selamat ketika operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) dijalankan.

Menurutnya, Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kurau menerima panggilan kecemasan melalui talian 999 pada pukul 5.53 pagi sebelum operasi diaktifkan pada pukul 6.30 pagi.

“Operasi melibatkan aset Maritim Malaysia, iaitu KM Gagah dan Bot Perkasa 1238 dengan bantuan komuniti maritim di sekitar kawasan kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sembilan kru diselamatkan kapal korek pasir MV Yaode 1 yang berada berhampiran lokasi kejadian.

“Sembilan lagi kru yang berada di dalam rakit penyelamat pula diselamatkan oleh MV Vivo Diya. Kesemua 18 kru berkenaan kemudian dibawa ke Jeti Batu Maung untuk tindakan lanjut.

“Seorang lagi kru yang dilaporkan hilang, Tang Jifu, 57, warga China, ditemukan dalam keadaan selamat oleh Bot Perkasa 1238 ketika operasi Carilamat sedang dijalankan,” katanya.

Tambahnya, mangsa dibawa ke Jeti Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kurau sebelum dihantar ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. – UTUSAN

The post Kapal korek pasir tenggelam, semua 19 kru selamat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved