Semua 19 kru kapak korek pasir tenggelam berjaya diselamatkan

26 Oct 2026 • 10:45 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Semua 19 kru kapak korek pasir tenggelam berjaya diselamatkan

PARIT BUNTAR – Kesemua 19 kru kapal korek pasir MV Vivo Arya yang dilaporkan tenggelam kira-kira 25 batu nautika barat laut Pulau Pasir Hitam di sini pagi semalam berjaya diselamatkan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Zainudin Mohd. Zuki berkata, Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kurau menerima panggilan kecemasan melalui talian 999 pada pukul 5.53 pagi berkaitan insiden itu.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) diaktifkan pada pukul 6.30 pagi bagi mengesan serta menyelamatkan kesemua kru yang terlibat.

“Operasi tersebut melibatkan aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu KM Gagah dan Bot Perkasa 1238 dengan bantuan komuniti maritim di sekitar kawasan kejadian.

“Sembilan kru berjaya diselamatkan oleh kapal korek pasir MV Yaode 1 yang berada berhampiran lokasi kejadian, manakala sembilan lagi kru di dalam rakit penyelamat berjaya diselamatkan oleh MV Vivo Diya,” katanya di sini hari ini.

Zainudin berkata, kesemua 18 kru berkenaan kemudiannya dibawa ke Jeti Batu Maung untuk tindakan selanjutnya.

Dalam perkembangan sama, katanya, seorang lagi kru yang dilaporkan hilang, Tang Jifu, 57, warga China berjaya ditemukan dalam keadaan selamat oleh Bot Perkasa 1238 ketika Operasi Carilamat sedang dijalankan.

“Mangsa kemudian dibawa ke Jeti Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kurau sebelum dihantar ke hospital berhampiran bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan lanjut.

“Dengan penemuan serta penyelamatan kesemua 19 kru, Operasi Carilamat ditamatkan secara rasmi pada pukul 4.30 petang,” katanya.

Zainudin berkata, kejayaan operasi itu turut mencerminkan kepentingan koordinasi pantas antara aset APMM dan komuniti maritim dalam memastikan bantuan dapat diberikan dengan segera ketika berlaku kecemasan di laut. – KOSMO! ONLINE

The post Semua 19 kru kapak korek pasir tenggelam berjaya diselamatkan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved