
JAKARTA – Sebuah kapal pengangkut kereta tidak dapat melanjutkan pelayaran selepas air laut tiba-tiba surut secara mendadak di Indonesia, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @alunshea992 menunjukkan kapal membawa pelbagai jenis kenderaan itu terkandas di pesisir sebuah pantai, baru-baru ini.
Fenomena air surut menyebabkan kapal terkandas dan terpaksa menunggu sehingga paras air laut mula naik.
Menurut pemilik akaun, kapal berkenaan kembali berlayar selepas terdampar selama 12 hari.
Rakaman itu mencatatkan lebih 2 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Itu tanda tsunami,” kata seorang netizen.
“Musim kemarau sampai laut pun kering,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Kapal pengangkut kereta terdampar 12 hari, air laut ‘kering’ appeared first on Kosmo Digital.






