Beijing ‘tunjuk kuat’ di Laut China Selatan

WorldPolitics
3 Aug 2026 • 10:45 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Beijing ‘tunjuk kuat’ di Laut China Selatan

BEIJING: China memaklumkan bahawa ia telah menjalankan latihan ketenteraan dengan Pengawal Pantai pada Sabtu berhampiran Beting Scarborough. 

Beting itu ialah sebuah te­rumbu yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan.

Ia adalah bagi menunjukkan kekuatan susulan insiden pertembungan dengan Filipina baru-baru ini di perairan yang dipertikaikan itu.

Filipina dan China masing-masing menuntut kedaulatan ke atas beting karang yang kaya dengan sumber perikanan itu, yang kini dikawal oleh Beijing.

China mengadakan latihan bersama tentera laut dan tentera udara berhampiran terumbu itu  pada Sabtu, kata jurucakap Markas Medan Selatan Tentera Pembebasan Rakyat China.

“Ini adalah tindakan dibuatberdasarkan situasi semasa di Laut China Selatan dan sebagai tindak balas terhadap tindakan negara-negara tertentu di rantau ini yang menjejaskan ke­amanan serta kestabilan serantau,” tambahnya.

Penyiar milik kerajaan China, CCTV, menyiarkan rakaman dua kapal perang sedang membuat rondaan di laut dan sebuah pesawat berlepas dari lapangan terbang, diiringi muzik pop patriotik.

Pengawal Pantai China turut memaklumkan pada Sabtu bahawa ia telah mengadakan latihan berhampiran terumbu itu pada waktu siang, yang memberi tumpuan kepada operasi termasuk pemeriksaan, pemeriksaan dan rampasan kapal (VBSS), menghalang kema­sukan secara paksa serta me­nunda kapal secara paksa.

Menurutnya, pihak berkuasa akan mempertahankan dengan tegas kedaulatan wilayah China, hak dan kepentingan maritim­nya.

Beijing menuntut kedaulatan ke atas hampir keseluruhan Laut China Selatan. Laut itu merupakan laluan perdagangan global yang penting, walaupun satu keputusan tribunal antarabangsa sebelum ini memutuskan bahawa tuntutan tersebut tidak mempunyai asas undang-undang.

Beberapa negara di rantau ini, termasuk Filipina turut menuntut kawasan yang bertindih dengan tuntutan China, menyebabkan insiden konfrontasi kerap berlaku di laluan perairan yang dikawal rapi itu. 

China sebelum ini berkata, ia telah mengambil langkah yang perlu selepas menggunakan meriam air terhadap sebuah kapal Filipina dan menuduh Manila melakukan tindakan mencabuli dan provokatif selain mengecam kehadiran kru te­levisyen di atas kapal tersebut. – AFP

 

The post Beijing ‘tunjuk kuat’ di Laut China Selatan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved