Kapal Selam UK Catat Rekod Menyelam Paling Lama – 217 Hari

17 Nov 2026 • 1:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kapal selama nuklear milik Tentera Laut Diraja British, HMS Vengeance mencatatkan rekod dunia baharu untuk tempoh menyelam berterusan paling lama dalam sejarah. Ia menyelam selama 217 hari semasa menjalankan misi rondaan melangkaui rekod 205 hari yang dicatatkan oleh HMS Vanguard pada April tahun ini.

Image from: Kapal Selam UK Catat Rekod Menyelam Paling Lama – 217 Hari

HMS Vengeance membawa 16 peluru berpandu balistik antara benua (ICBN) Trident sebagai persediaan sekiranya Britain diserang oleh musuh. Misi ini telah dilakukan berterusan sejak April 1969 dengan kapal selam perlu menyorok dan tidak boleh timbul semula ke permukaan supaya tidak boleh dikesan musuh.

Ia hanya naik ke kedalaman sekitar 900 kaki secara berjadual untuk menerima arahan terkini dan berita daripada dunia luar. Anak kapal perlu tinggal di dalam Vengeance dengan mereka melakukan pertukaran syif setiap 6 jam. Kerana misi yang panjang ini, anak kapal akan menghadapi isu bernafas udara segara dan tidak dibenarkan memandu selama beberapa hari selepas kembali ke markah. Ini kerana terlalu lama menghirup udara kitar semula dan mata tidak boleh memfokus kepada objek jauh.

Misi yang dilakukan HMS Vengeance ini sepatutnya hanya sehingga 100 hari tetapi isu kekurangan kapal selam dan program menggantikannya dengan kapal selam kelas Dreadnough tergendala sehingga 2032. Kapal sedia ada sudah beroperasi lebih lama daripada anggaran tempoh operasi asal dan perlu kekal lebih lama di lautan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved