Kapasiti Bateri iPhone 16, 16 Plus, 16 Pro dan 16 Pro Plus Akhirnya Diketahui

TechnologyDigital
23 Sep 2024 • 7:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kapasiti bateri iPhone 16, iPhone 16 Plus, iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max akhirnya diketahui selepas ia disenaraikan di pangkalan data Anatel yang menyelia peranti di Brazil. Ia mengesahkan saiz bateri untuk kesemua model telah ditingkatkan antara 5.5-9.4% berbanding siri iPhone 15.

image is not available

Senarai lengkap kapasiti setiap model dan juga perbezaan kapasiti berbanding model tahun lalu adalah seperti di bawah. Peningkatan kapasiti siri iPhone 16 adalah lebih tinggi berbanding tahun lalu di mana perbezaan hanyalah antara 1.3-2.3% sahaja.

ModelSaiz BateriSaiz Bateri Model Tahun LaluPerbezaan %
iPhone 16 Pro Max4685 mAh4422 mAh5.5%
iPhone 16 Pro3582 mAh3274 mAh9.4%
iPhone 16 Plus4674 mAh4383 mAh6.6%
iPhone 163561 mAh3349 mAh6.3%