Apple hari ini secara rasminya telah melancarkan siri iPhone 16 untuk pasaran Malaysia – menjadikan kita antara negara terawal menerimanya di dunia. Sebanyak empat model diperkenalkan melalui iPhone 16, iaitu iPhone 16, iPhone 16 Plus, iPhone 16 Pro dan juga iPhone 16 Pro Max.

Menjadi fokus utama pada siri iPhone 16 adalah penawaran spesifikasi yang lebih baik melalui siri cip A18, memori yang dipertingkatkan, sokongan Action Button dan juga buat pertama kalinya menyertakan butang fizikal untuk kamera. Ke semua siri iPhone 16 ini juga kelak akan menyokong ciri kecerdasan buatan Apple Intelligence melaluinya.

Di Malaysia, iPhone 16 ditawarkan bermula RM3999, sementara siri iPhone 16 Pro pula bermula RM4999. Pengguna sudah boleh mendapatkannya melalui Apple Store bermula hari ini, selain melalui pelan telekomunikasi beberapa syarikat telekomunikasi tempatan.

