‘Karya berani & menakjubkan!’ – Lukisan ‘Venom Batik Malaysia’ karya pelukis tempatan curi perhatian ramai

LocalEntertainment
16 Oct 2024 • 5:31 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Sebelum ini karya beliau mendapat perhatian ramai apabila lukisan corak batik yang dihasilkan menggambarkan solidariti terhadap Palestin.

Karya beliau turut dibawa oleh dua orang wanita semasa demonstrasi solidariti terhadap Palestin di Perancis.

Kreativiti Arif Rafhan terus diintai dan diangkat oleh Sony Pictures Malaysia menerusi koloborasi sempena tayangan filem Venom The Last Dance yang bakal menjengah ke pawagam 24 Oktober ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Sony Pictures mengatakan kombinasi antara batik dan watak Venom berkenaan disifatkan sebagai sempurna dan menawan.

Gabungan kedua-dua ini dilihat melambangkan satu keindahan tradisi yang menonjol, mencabar dan selain dilihat sebagai satu karya inovasi yang berani.

“Venom mengambil sentuhan tradisional dengan reka corak Batik yang menakjubkan.

“Gabungan sebenar budaya Malaysia dan dunia Venom, direka dengan sempurna,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang memuji kreativiti Arif Farhan dalam menghasilkan satu karya yang cukup sempurna selain mengangkat batik Malaysia di mata dunia.