Lukisan ‘Venom Batik Malaysia’ Ciptaan Pelukis Tempatan Curi Perhatian Netizen

LocalEntertainment
16 Oct 2024 • 3:18 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Lukisan ‘Venom Batik Malaysia’ Ciptaan Pelukis Tempatan Curi Perhatian Netizen

Peminat filem aksi pasti teruja menantikan tayangan filem Venom The Last Dance yang bakal menemui peminat di pawagam pada 24 Oktober ini.

Menariknya, lukisan ‘Venom Batik Malaysia’ dihasilkan oleh pelukis berbakat tempatan, Arif Rafhan Othman sempena penantian tayangan filem tersebut mencuri perhatian ramai.

Dalam perkongsian di Facebook oleh Sony Pictures, lukisan “Venom The Last Dance” tampil luar biasa dengan sentuhan seni Batik yang memukau.

image is not available
Kredit: Arif Rafhan Othman/Sony Pictures

image is not available
Kredit: Arif Rafhan Othman/Sony Pictures

Sony Pictures menyatakan bahawa penggabungan seni batik Malaysia dengan watak ikonik Venom adalah sesuatu yang luar biasa.

“Venom mengambil sentuhan tradisional dengan reka bentuk inspirasi Batik yang menakjubkan ini. Gabungan sebenar budaya Malaysia dan dunia Venom, direka dengan sempurna,” tulis Sony Pictures.

Dalam pada itu, Sony Pictures di laman Facebook turut memuat naik video memaparkan visual Venom bersama Tom Hardy yang melakonkan watak ‘Eddie Brock’.

image is not available
Kredit: Arif Rafhan Othman/Sony Pictures

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terutama netizen Malaysia memuji karya yang sempurna itu.

Netizen mendakwa ianya kelihatan sangat menarik dan unik, ‘lain daripada yang lain’.