Kasih tak padam! Dr Fie sebak doakan ibu bekas suami – 'Ini peluang Nubhan berbakti kepada mak Jenny, anak biar saya fikirkan'

Family & ParentingLifestyle
1 Jul 2026 • 7:55 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Kasih tak padam! Dr Fie sebak doakan ibu bekas suami – 'Ini peluang Nubhan berbakti kepada mak Jenny, anak biar saya fikirkan'

PERCERAIAN mungkin menoktahkan hubungan sebagai suami isteri, namun bagi pempengaruh media sosial, Dr Fie, kasih sayang terhadap keluarga bekas suami tidak pernah terpadam.

Malah, berita mengenai keadaan kesihatan bekas ibu mentuanya, Mak Jenny, yang mengalami kecederaan retak tulang akibat terjatuh benar-benar meruntun perasaannya.

Menurut Dr Fie atau nama penuhnya Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, dia mengetahui khabar duka itu menerusi media sosial dan sehingga kini masih belum berpeluang menziarahi wanita yang pernah dianggap sebagai ibu sendiri.

Sebak mendengar luahan jujur daripada Dr Fie buat Mak Jenny yang dikabarkan kurang sihat selepas terjatuh baru-baru ini.

Walaupun belum berkesempatan untuk bersua muka, Dr Fie atau nama sebenarnya, Afifah Hidayah Ahmad Tawfek mengakui doa buat bekas ibu mertuanya itu tidak pernah terputus, malah sempat menitipkan pesanan agar Nubhan menggunakan peluang ini untuk fokus sepenuhnya menjaga ibunya tanpa perlu memikirkan hal lain termasuk urusan anak-anak.

Sama-sama kita doakan semoga Mak Jenny cepat sembuh dan kembali ceria seperti sediakala. Aamiin.

#DrFie #MakJenny #Nubhan #selebritimalaysia">

 

"Saya mengetahui cerita daripada sosial media yang Mak Jenny jatuh dan ada retak, kan? Jadi, saya mendoakan, saya tak sempat lagi nak bersua muka.

"Mak mentua itu tetap mak mentua saya. Tak ada putus pun, walaupun putusnya ikatan suami isteri saya dan Nubhan tetapi Mak Jenny tetap mak mentua saya.

"ALLAH tahu, doa saya sentiasa bersama dengan mak," katanya ketika ditemui SinarPlus.

Dalam nada sebak, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui dirinya amat merindui insan yang banyak memberi kasih sayang kepadanya sepanjang bergelar menantu.

Image from: Kasih tak padam! Dr Fie sebak doakan ibu bekas suami – 'Ini peluang Nubhan berbakti kepada mak Jenny, anak biar saya fikirkan'

Mengubat rindu

Pada masa sama, dia turut berkongsi pengalaman menjaga Mak Jenny atau nama sebenarnya Badariah Omar ketika wanita itu dimasukkan ke hospital sebelum ini, sekali gus memahami cabaran yang dihadapi dalam menguruskan warga emas.

"Saya akui tugas menjaga orang tua bukanlah satu perkara yang mudah dan menuntut kesabaran yang tinggi. Saya sendiri pernah berada di sisi Mak Jenny ketika dia dimasukkan ke hospital dulu.

"Pernah sebelum ini  saya ada ketika mak jatuh dan dimasukkan ke hospital. Jadi, saya tahu tak senang nak jaga orang tua ini. Saya berdoa banyak-banyak supaya mak cepat sihat dan semoga Nubhan dapat jaga mak dengan baik.

"Mungkin ini satu peluang untuk Nubhan jaga mak, tak perlu lagi nak fikirkan benda lain. Soal anak-anak saya boleh fikirkan," luahnya.

Walaupun hubungan rumah tangga bersama penyanyi Ahmad Nubhan Ahamad telah berakhir, Dr Fie mengakui media sosial menjadi medium untuknya mengikuti perkembangan kesihatan Mak Jenny.

Baginya, melihat perkongsian video dan mendengar suara wanita itu sudah cukup menjadi penawar rindu.

"Saya nak dengar juga lagi suara mak dekat sosial media.

"Walaupun tak dapat dengar depan-depan, dari sosial media pun dapat mengubat rindu," katanya sambil menahan sebak.

Image from: Kasih tak padam! Dr Fie sebak doakan ibu bekas suami – 'Ini peluang Nubhan berbakti kepada mak Jenny, anak biar saya fikirkan'

Terdahulu, Nubhan, 40, memaklumkan ibunya mengalami kecederaan retak tulang selepas terjatuh, sekali gus mengundang perhatian ramai yang menitipkan doa agar wanita itu segera pulih.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr Fie sah bercerai talak dua selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga. Lafaz talak pertama berlaku pada 2017, manakala talak kedua dilafazkan pada Ogos 2025 sebelum disahkan oleh Mahkamah Syariah Sepang pada 2 Disember lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aaffan, 7 dan Afzan Nayille, 4.

Keikhlasan yang ditunjukkan Dr Fie dalam terus menyayangi bekas ibu mentuanya walaupun tidak lagi bergelar menantu nyata menyentuh hati ramai.

Bagi netizen, hubungan yang terjalin itu membuktikan kasih sayang terhadap keluarga tidak semestinya berakhir apabila sesebuah perkahwinan menemui noktah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved