Katie Zacharia pecah rekod, Trump pecat Setiausaha Akhbar White House kurang seminggu

WorldPolitics
17 Oct 2026 • 10:36 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Katie Zacharia pecah rekod, Trump pecat Setiausaha Akhbar White House kurang seminggu

WASHINGTON – Setiausaha Akhbar White House, Katie Zacharia disingkirkan semalam,  kurang seminggu selepas memegang jawatan berprofil tinggi tersebut berikutan siri kesilapan yang menambahkan lagi masalah kepada bosnya, Presiden Donald Trump.

“(Saya) boleh sahkan,” kata seorang pegawai White House  kepada AFP, selepas Fox News melaporkan bahawa Zacharia, 41, ‘dalam proses keluar’.

Petanda mengenainya kelihatan lebih awal apabila Trump berkata, beliau sedia melepaskan  jurucakap baharunya itu di tengah-tengah kritikan bahawa Zacharia berpura-pura menjadi peguam, manakala taklimat akhbarnya menjadi bahan ejekan.

“Saya berkata, Katie, adakah (pekerjaan)  ini (sesuai) untuk anda?’. 

“Saya berkata, Katie, anda tidak perlu melakukan ini, Saya berkata kepadanya, sejujurnya jika saya adalah anda, saya akan mempertimbangkan semula,” kata Trump kepada wartawan.

Semasa penggal pertama Trump,  tempoh perkhidmatan penasihat  kewangan White House, Anthony Scaramucci adalah selama 11 hari sekali gus paling singkat.

Namun, Zacharia bertahan kurang separuh daripada tempoh itu.

“Rekod dicipta untuk dipecahkan,” kata Scaramucci di platform X sambil menambah: “Bagaimanapun, saya tidak bergembira atas kesakitan orang lain.”

 Zacharia mengambil alih peranan Setiausaha Akhbar daripada Karoline Leavitt yang agresif dan membantu Trump membentuk semula liputan White House  dengan membawa masuk lebih banyak media ‘mesra’  dan menyerang media yang mengkritik.

Zacharia pula bermula dengan ‘langkah kiri’ semasa taklimat sulungnya di bilik akhbar White House, Selasa lepas. – AFP 

 

The post Katie Zacharia pecah rekod, Trump pecat Setiausaha Akhbar White House kurang seminggu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved