Katanya, bibik tersebut selama ini telah mendera anaknya, bahkan selama ini barang kemas dan wangnya telah dicuri. Lebih teruk lagi, dia mendakwa bahawa pembantu rumahnya itu ada menggunakan ilmu hitam.
“Rupanya selama ini kau dera Maryam, kau curi barang kemas aku, kau ambil duit. Kau main ilmu hitam!!! Malam ini Allah tunjuk. Dia pengamal ilmu hitam, ada tangkal dekat badan dia.”
Dalam hantaran lain di Instagram Stories, Ayunie juga turut kongsikan bahawa pembantu wanita itu telah mengakui perbuatan curi wang dan emas milik Ayunie. Katanya, kesemua barang yang dicuri itu telah diberikan kepada rakannya untuk disimpan.
Sebelum ini, Ayunie pernah kongsikan bahawa dia ada menerima bungkusan makanan tanpa mengetahui siapa pengirimnya. Lebih musykil lagi, ada juga pesanan yang tertulis nama pembantu rumahnya, namun wanita itu tidak mengakui bahawa bungkusan itu miliknya.