Bintang Kilauan Emas Selebriti, Zila Bakarin mencuri perhatian selepas meninggalkan komen pada sebuah hantaran media mengenai pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz.
Menerusi perkongsian di Threads, Aliff dilaporkan mahu membuat kemunculan semula dengan membawa nafas baharu yang lebih positif serta tidak lagi mahu terus terikat dengan kisah silam.

Mengulas mengenai perkara itu, Zila memuji keberanian Aliff untuk mengakui kesilapan yang pernah dilakukan dan mengambil langkah untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.
Bagaimanapun, dia turut memberikan peringatan supaya Aliff tidak mengulangi kesilapan sama pada masa akan datang.
“Baguslah. Tiada yang sempurna. Buat salah, minta maaf dan mengaku kesalahan. Simple. Selepas ini, kau buat lagi memang kau siap,” tulisnya.
Teguran Zila itu turut menarik perhatian memandangkan Aliff sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi bersama pelakon Ruhainies.
View this post on Instagram
Pada Mac 2024, Aliff dan Ruhainies ditahan berkaitan kes khalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur sebelum kedua-duanya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada Julai tahun sama.
Kes berkenaan antara kontroversi yang mendapat perhatian meluas ketika itu, selain kehidupan peribadi Aliff turut menjadi sorotan selepas perkahwinannya dengan Bella Astillah berakhir pada Jun 2024.
Kini, Aliff dilihat mahu membuka lembaran baharu dalam kehidupannya dan bergerak ke hadapan dengan imej yang lebih positif.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Dulu Saya Ditindas Dengan Kezaliman Dan Kecurangan" - Lufya Omar Imbas Fasa Gelap, Dedah Sebab Tuntut Mutaah RM 1 Juta
The post “Kau Buat Lagi, Kau Siap” – Zila Bakarin Beri ‘Amaran’ Buat Aliff Aziz first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






