“Kau memang salah langkah” – Sajat ‘Sound’ Cikgu, Isu Anak Saudara Ditengking Sampai Menangis

Entertainment
26 May 2025 • 12:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular satu video seorang murid sekolah didakwa telah ditengking oleh beberapa orang guru sehinggakan murid tersebut menangis teresak-esak. Malah di dalam video tersebut, ibu kepada murid itu menyatakan bahawa anaknya sudah sebulan tidak ke sekolah dan kini dalam proses berpindah.

Berdasarkan kronologi yang dikongsikan pengguna Facebook Mohd Fadli Salleh, murid tersebut dipaksa mengaku untuk mengatakan sesuatu perkara yang tidak dilakukan oleh cikgunya.

Malah dikatakan dalam video itu, cikgu tersebut bergabung dengan guru-guru lain untuk ‘menekan’ murid itu.

Isu yang tular ini sekaligus mengundang kemarahan orang ramai, bahkan berdasarkan ruangan komen di perkongsian asal ibu pelajar tersebut, Nur Mustika Kamaruz Zaman di Instagram, ada individu yang berkerja sebagai guru sendiri tidak bersetuju dengan kelakuan cikgu-cikgu murid berkenaan.

“Saya cikgu. Ya Allah kenapa sampai macam ni? Sis pergi ke sekolah and terus jumpa GB. Jika tiada tindakan terus ke PPD dan bagitau nak buat SISPA dan nak buat report polis kerana harassing anak. Walaupun saya cikgu tapi saya tak support tindakan ni.” – Netizen

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mustika (@must1ka5)

 

“Kau ni cikgu yang tak bijak” – Sajat

Tidak berdiam diri, bapa saudara kepada murid tersebut yang juga pempengaruh terkenal, Nur Sajat turut bersuara mengenai isu ini.

“Kau ni cikgu yang tak bijak, kau boleh rakam lagi, kau memang mencari maslaah dengan makcik dia pula, sekarang ini makcik dia tak puas hati, kau tunggu,” katanya dalam satu sesi live pagi tadi.

Sajat mengharapkan pihak berjawib untuk mengambil tindakan kepada cikgu tersebut, bahkan dia juga menegaskan bukan murid berkenaan yang patut ditukar sekolah sebaliknya, guru berkenaan yang seharusnya ditukarkan ke sekolah lain.

“Cikgu macam ni patutnya dia kena masuk kelas pemulihan, bukan budak masuk kelas pemulihan.”

Dalam satu sesi live di TikTok hari ini, Sajat turut menempelak guru tersebut yang bertindak menggesa murid tersebut untuk tidak pergi ke sekolah.

image is not available

Sebagai seorang guru, sepatutnya mereka berfikiran lebih rasional dalam menangani isu berkaitan murid. Bukannya dengan menekan-nekan dan menengking seperti itu.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.