Tuaran: Penyalaras Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Pantai Dalit, Jaesman Gipin, melahirkan simpati terhadap nasib ribuan rakyat, khususnya pengguna jalan raya yang terkesan dengan kesesakan lalu lintas di antara Berungis dan pekan ini.
Beliau berkata, semasa waktu puncak atau musim cuti, ramai pengguna jalan raya dari Kota Kinabalu yang pulang ke kampung sekitar daerah ini sering mengeluh dan berasa kecewa dengan keadaan lalu lintas berkenaan.
“Masalah kesesakan ini berpunca daripada kegagalan melebarkan jalan Berungis-Pekan Tuaran.
“Menariknya, kawasan ini sudah lebih 30 tahun diwakili oleh Ahli Dewan Undangan Negeri yang sama (sebelum dibahagikan kepada dua kawasan DUN), malah pernah memegang jawatan penting dalam Kerajaan.
“Tidak hairanlah ramai yang kecewa dengan keadaan ini. Disebabkan kegagalan ini, rakyat yang terpaksa menanggung akibat. Secara logiknya, jalan sepenting ini sepatutnya sudah lama dilebarkan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, baru-baru ini.
Jaesman berkata, sekiranya wujud komitmen sebenar dan keprihatinan terhadap kepentingan rakyat, tidak sepatutnya perlu menunggu sehingga 40 tahun untuk melebarkan jalan Berungis-Pekan Tuaran.
“Isu kewangan tidak boleh dijadikan alasan untuk melengahkan pelaksanaan projek pelebaran jalan yang panjangnya tidak sampai 10 kilometer, apatah lagi apabila kedudukan kewangan negeri sering diketengahkan sebagai kukuh dengan rizab semakin meningkat,” tegasnya.
Beliau menambah, majoriti rakyat kini mahukan perubahan demi masa depan yang lebih baik.
Sehubungan itu, Jaesman menggesa orang ramai, khususnya di kawasan Pantai Dalit dan Sulaman, supaya bangkit dan membuat keputusan tepat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan datang demi kebaikan mereka sendiri.
“Sudah tiba masanya memberi peluang kepada pemimpin baharu untuk menambah baik kawasan ini,” katanya.