KDN belum buat keputusan cadangan pelaksanaan sistem TURAP

LocalPolitics
21 Apr 2026 • 1:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Saifuddin Nasution

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan pelaksanaan sistem baharu pengambilan pekerja asing dikenali sebagai The Universal Recruitment Advanced Platform' (TURAP).

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu akan dibawa ke peringkat Jemaah Menteri untuk diteliti sebelum sebarang pendirian dibuat oleh kementerian.

“Apabila hal itu dibawa dalam Jemaah Menteri, KDN akan bagi pandangan pada ketika itu,” katanya dalam sidang akhbar pada Selasa.

Sebelum ini, sembilan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) memandang serius laporan dan reaksi Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berhubung cadangan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) melaksanakan satu sistem TURAP yang dibangunkan oleh Bestinet Sdn Bhd (Bestinet).

Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa, Ramanan bukan sahaja mengesahkan cadangan TURAP sedang dipertimbangkan, tetapi juga mempertahankan rekod Bestinet yang mengendalikan sistem sedia ada iaitu Foreign Workers Centralised Management System (FWCMS).

Dakwanya lagi, pendirian Ramanan bertentangan dengan penemuan dan keputusan dibuat badan-badan semak imbang yang meneliti FWCMS.

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved