KESUMA tiada masalah jika guna sistem baharu pengambilan pekerja asing Bestinet - Ramanan

LocalPolitics
16 Apr 2026 • 7:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ramanan

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) tidak melihat sebarang isu atau masalah untuk negara mengguna pakai sistem pengambilan pekerja asing baharu yang dibangunkan oleh Bestinet Sdn Bhd.

Menterinya, Datuk Seri R Ramanan berkata, kementerian kini sedang membincangkan mekanisme pelaksanaan sistem tersebut yang dikenali sebagai Universal Recruitment Advanced Platform (Turap).

“Kami masih dalam perbincangan. Selepas itu, saya akan membentangkan kertas kepada Kabinet. Setakat ini, saya tidak melihat sebarang isu untuk menggunakan Bestinet sebagai pembangun sistem,” katanya. 

Turap dipromosikan sebagai penyelesaian bagi membolehkan syarikat mengambil pekerja secara langsung tanpa melalui orang tengah yang sering mengenakan bayaran tinggi.

Sistem itu akan mempunyai portal digital yang membolehkan majikan mendaftar dan mencari pekerja.

Bestinet adalah syarikat teknologi maklumat Malaysia yang membangunkan Sistem Pengurusan Pusat Pekerja Asing (FWCMS).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved