KDN Perjelas Dasar Imigresen, Pemegang Dokumen Perjalanan Israel Tidak Dibenarkan Masuk

LocalPolitics
28 Jul 2026 • 2:49 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

KDN Perjelas Dasar Imigresen, Pemegang Dokumen Perjalanan Israel Tidak Dibenarkan Masuk

KDN Perjelas Dasar Imigresen, Pemegang Dokumen Perjalanan Israel Tidak Dibenarkan Masuk

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan bahawa dokumen perjalanan yang dikeluarkan oleh Israel kekal tidak diiktiraf bagi tujuan kemasukan ke Malaysia, selaras dengan pendirian negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, pendirian itu sejajar dengan ketegasan Kerajaan MADANI yang diumumkan oleh Perdana Menteri berhubung komitmen Malaysia dalam mempertahankan hak rakyat Palestin serta memelihara kepentingan dan kedaulatan negara.

Menurut KDN, pihaknya akan terus memastikan semua aspek berkaitan kawalan sempadan, pemeriksaan imigresen, penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan dalam negeri dilaksanakan secara tegas, profesional serta tanpa sebarang kompromi.

“Selaras dengan pendirian tersebut, KDN akan terus memastikan segala aspek berkaitan kawalan sempadan, pemeriksaan imigresen, penguatkuasaan undang-undang serta keselamatan dalam negeri dilaksanakan secara tegas, profesional dan tanpa kompromi,” katanya.

Baca juga:

Kementerian itu berkata, menerusi Jabatan Imigresen Malaysia, semua urusan kemasukan warga asing ke negara ini terus dilaksanakan berdasarkan peruntukan Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155), Akta Pasport 1966 (Akta 160), peraturan imigresen yang berkuat kuasa serta penilaian keselamatan oleh agensi berkaitan.

Menurut KDN, setiap permohonan kemasukan warga asing akan melalui proses pemeriksaan imigresen, semakan keselamatan dan penilaian risiko yang menyeluruh sebelum sebarang kelulusan diberikan.

Ujarnya, mana-mana individu yang dikenal pasti boleh mengancam keselamatan negara, ketenteraman awam atau termasuk dalam kategori imigran larangan di bawah Seksyen 8 Akta Imigresen 1959/1963 tidak akan dibenarkan memasuki Malaysia, selain boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang.

Dalam pada itu, KDN menjelaskan pengurusan pintu masuk negara bukan hanya melibatkan urusan imigresen, sebaliknya merupakan sebahagian daripada sistem keselamatan negara yang dilaksanakan secara bersepadu.

Katanya, usaha itu melibatkan kerjasama erat antara Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) serta agensi penguatkuasaan lain.

Menurut kementerian itu, pendekatan bersepadu tersebut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan setiap keputusan berkaitan kemasukan warga asing mengambil kira aspek keselamatan nasional, kedaulatan negara, kepentingan awam serta pematuhan kepada undang-undang Malaysia.

KDN berkata, pihaknya akan terus memperkukuh kawalan sempadan negara melalui penggunaan teknologi, perkongsian risikan, pemprofilan risiko dan penguatkuasaan secara bersepadu bagi memastikan Malaysia kekal selamat daripada sebarang ancaman yang boleh menggugat keselamatan negara.

“Kementerian Dalam Negeri kekal komited untuk melaksanakan segala dasar dan keputusan Kerajaan secara profesional, telus dan berintegriti demi memelihara keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved