Pelarian pemegang kad UNHCR tidak boleh ditempatkan di depoh imigresen

LocalPolitics
28 Jul 2026 • 4:13 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Pelarian pemegang kad UNHCR tidak boleh ditempatkan di depoh imigresen

SHAH ALAM: Seramai 113 pelarian yang kini berada di bawah pengawasan sementara pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak ditempatkan di depoh tahanan imigresen kerana memiliki kad perakuan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Datuk Zakaria Shaaban berkata depoh tahanan hanya untuk menempatkan warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah atau melanggar syarat pas, lapor Harian Metro.

Menurutnya, berbeza dengan pelarian yang memiliki kad UNHCR, golongan itu diberikan kelonggaran untuk berada di Malaysia atas dasar kemanusiaan semata-mata, namun mereka masih tertakluk di bawah undang-undang negara.

"Kesemua 113 pelarian ini tidak boleh ditempatkan di depoh tahanan Jabatan Imigresen (JIM).

"Mereka kini berada di bawah pengawasan sementara pihak PDRM sebelum menunggu penetapan penempatan mereka dimuktamadkan," katanya.

Media semalam melaporkan, ratusan etnik Rohingya yang berkampung di hadapan pejabat UNHCR di Jalan Bukit Petaling di sini dipindahkan ke IPK di sini bagi proses dokumentasi dan pengesahan identiti.

Operasi pemindahan dilakukan menggunakan empat trak polis, selepas dua trak yang disediakan pada awalnya tidak mencukupi. Ini disebabkan kebanyakan pelarian terbabit turut membawa bagasi dan barangan peribadi.

Media melaporkan mereka berkumpul di situ selepas diusir oleh penduduk tempatan di sebuah kampung di Pulau Pinang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved