Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperuntukkan RM500,000 bagi Program Kampung Angkat MADANI dan RM100,000 untuk Sekolah Angkat MADANI bagi menaik taraf infrastruktur komuniti serta kemudahan asas di Tanjung Piandang, Perak.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa projek oleh Jabatan Penjara Malaysia ini menampilkan pendekatan unik apabila memanfaatkan tenaga kerja serta kemahiran TVET prospek dalam membina masjid, surau, jeti nelayan, tandas, serta membaik pulih rumah mengaji dan rumah asnaf.

Berikut ialah penjelasan menteri berhubung beberapa isu utama yang dibangkitkan media:
Peluang Kerjaya Prospek Penjara: Sebanyak 453 syarikat kini sedia menggaji prospek yang terlatih dalam pelbagai bidang TVET seperti kimpalan, pertukangan, dan tenunan songket) di bawah pengawasan penjara, di mana gaji mereka disalurkan terus kepada keluarga.
Pindaan Akta Judi Online: Cadangan meminda Akta Rumah Judi Terbuka 1953 terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan (MOF), namun PDRM kekal menggunakan undang-undang sedia ada dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan penguatkuasaan.
Artikel berkaitan: KDN Beralih Ke Era Digital, Urusan JPPM Kini Dilakukan Sepenuhnya Tanpa Interaksi Bersemuka
Artikel berkaitan: Isu Pelarian Tidak Boleh Dibiar Berlarutan, KDN Mahu Penyelesaian Menyeluruh
Kawalan Keselamatan Sekolah: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menempatkan Pegawai Perhubungan Polis (PPP) mengikut profil risiko sekolah bagi memantau kes buli, gengsterisme, dan isu keselamatan murid.

Pengurusan Pelarian & Kad UNHCR: Pemegang kad UNHCR hanya terkecuali daripada dua kesalahan Akta Imigresen (overstay dan masuk tanpa dokumen sah), tetapi tetap tertakluk kepada undang-undang jenayah negara. Kerajaan kini melaksanakan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) sendiri bagi mengumpul data biometrik lengkap, bermula dengan 4,000 penghuni depot imigresen.
Sumber: KDN
Sumber: FacebookSumber: FacebookArtikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.






