KDN Umum Laksanakan Proses Tapis 5,000 Pelarian Rohingya

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 4:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

collage 1

Sejak kebelakangan ini, isu melibatkan pelarian Rohingya kembali menjadi tumpuan. Kini, kerajaan Malaysia terus memperkukuh usaha dalam menguruskan isu berkenaan bagi memastikan keamanan dan ketenteraman negara tidak terjejas.

Susulan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini mengumumkan pelaksanaan proses mengenal pasti, mendokumetasi serta membuat tapisan terhadap 5,000 pelarian Rohingya yang berada di Malaysia sebagai persediaan untuk penghantaran pulang ke Myanmar.

SaveClip.App 761497260 18607015624015502 7996993265264438108 n

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu dilaksanakan selepas kerajaan Myanmar memberi persetujuan untuk menerima semula rakyatnya yang berada di Malaysia.

3599983

Artikel berkaitan: Merhrom Gesa Kerajaan Tangguh Rancangan Hantar Pulang 5,000 Pelarian Rohingya Ke Myanmar

Artikel berkaitan: 113 Pelarian Sudah Dilepaskan, Dipindahkan Ke 3 Negeri Ini

Beliau menjelaskan bahawa semua proses mengenal pasti dan membuat tapisan dilaksanakan menggunakan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) mengikut Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 23, yang diselaraskan oleh KDN bersama agensi berkaitan.

“Proses DPP itu membabitkan beberapa peringkat termasuk mengesan, mengenal pasti, menjalankan tapisan keselamatan serta menentukan status setiap individu, sebelum dokumen pengesahan status dikeluarkan.”

“Tapisan akan dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen).”

“Pada akhir proses berkenaan, seseorang individu itu akan diberikan keputusan mengenai status pelariannya, manakala dokumen akan dikeluar bagi mengesahkan status terbabit selepas melalui proses berkenaan.” kata beliau apabila ditemui di sidang media Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah: Komuniti FELDA Sihat Kedah Sejahtera

Memetik laporan media, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hubungan diplomatik antara Malaysia dan Myanmar telah membuka ruang kepada pelaksanaan proses penapisan melibatkan 5,000 pelarian Rohingya, susulan persetujuan negara itu untuk menerima semula rakyatnya.

TOPSHOT INDONESIA MALAYSIA MYANMAR BANGLADESH 1612564727

Dalam perkembangan sama, Saifuddin Nasution berkata, proses saringan perlu dilakukan terlebih dahulu bagi mengenal pasti individu yang layak berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Menurut beliau, daripada kira-kira 22,000 penghuni yang ditempatkan di 19 depot imigresen seluruh negara, sekitar 4,000 orang dikenal pasti merupakan warga Myanmar.

“Daripada jumlah itu, kita telah mengenal pasti 4,000 orang dari Myanmar. Mereka inilah yang akan menjalani proses tapisan dan ditempatkan di sebuah depot, bukannya berselerak di 19 depot, bagi memudahkan proses yang sedang kita jalankan,” katanya.

3604629

Beliau menjelaskan bahawa penempatan di lokasi khas itu dibuat bagi memudahkan proses mengenal pasti individu terlibat, termasuk urusan dokumentasi, semakan keselamatan dan koordinasi antara agensi.

Tambahnya, proses tersebut kini sudah berjalan dan tidak lagi berada di peringkat perancangan. Selepas selesai, urusan susulan dengan kerajaan Myanmar akan diteruskan melalui Kementerian Luar (Wisma Putra).

Sumber: Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved