Selepas madu diceraikan, Miera Leyana kongsi video ‘dinner’ bersama keluarga

Entertainment
4 Aug 2023 • 9:20 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Semalam, kecoh mengenai berita perpisahan antara suami pelakon Miera Leyana iaitu Rosland Othman bersama isteri pertamanya Adibah Abdul Mutalib, 50, di Mahkamah Rendah Syariah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Namun begitu, pada sebelah malam hari yang sama pula, pelakon berusia 29 tahun itu dilihat memuat naik video di Insta Story memaparkan suami serta ahli keluarga lain sedang menikmati makan malam di sebuah restoran.

image is not available

Sebuah hantaran pada 25 Julai lalu bagaimanapun dipenuhi dengan komen netizen yang seolah-olah melepaskan geram berhubung isu penceraian membabitkan bekas madunya itu.

Berdasarkan komen dilontarkan, mereka mendakwa pelakon drama Hotel Mania itu sebagai punca rumah tangga Rosland dan Adibah terlerai, namun dalam masa sama ada juga yang mempertahankan Miera.

Ni baru penyondol sebenar

image is not available

Hanya mereka yang tahu perkara sebenar

image is not available

Namun begitu, terdapat juga netizen turut bersimpati dengan nasib Adibah yang sanggup pertahankan rumah tangga namun akhirnya musnah 28 tahun hidup bersama.

Kesian bekas madu

image is not available

Untuk rekod, Miera bernikah dengan Rosland pada 25 Julai 2020 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Rachel Aisyah yang kini berusia dua tahun.

image is not available

Sebelum itu, Roslan pernah mendirikan rumah tangga dengan Adibah pada 3 Jun 1995 dan memiliki lima orang anak namun memfailkan penceraian pada 7 April lalu.

Sumber: Instagram Miera Leyana