Keahlian Bersatu MB Perlis digantung hingga dua penggal pemilihan

LocalPolitics
21 Oct 2026 • 10:08 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Keahlian Bersatu MB Perlis digantung hingga dua penggal pemilihan

KANGAR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri, Izizam Ibrahim mengesahkan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah digantung keahlian parti itu selama dua penggal.

Izizam berkata, pemakluman penggantungan sudah dikeluarkan sejak minggu lalu dan kini beliau menunggu keputusan rasmi daripada kepemimpinan Bersatu Pusat berhubung tindakan selanjutnya.

“Menteri Besar juga sudah mengetahui mengenai surat penggantungan tersebut. Buat masa ini, kita sedang menunggu keputusan rasmi daripada kepimpinan Bersatu Pusat dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, tular sepucuk surat bertarikh 14 Oktober 2026 dikeluarkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan berhubung penggantungan keahlian Bersatu terhadap Abu Bakar.

Berdasarkan surat itu, Lembaga Disiplin parti yang bersidang pada 13 Oktober lalu memutuskan hak keahlian Abu Bakar digantung di bawah Fasal 22.5 bagi tempoh dua penggal pemilihan Bersatu berkuat kuasa mulai tarikh surat dikeluarkan.

Tindakan itu didakwa diambil berikutan beliau melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli parti.

Susulan penggantungan itu, Abu Bakar secara langsung dilucutkan daripada segala jawatan dipegang dan dilarang membuat sebarang kenyataan atas nama parti sehingga tamat tempoh berkenaan.

Bagaimanapun, notis tersebut turut menyatakan bahawa Abu Bakar masih mempunyai ruang untuk membela diri dengan mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan parti untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis dikeluarkan.-UTUSAN

 

The post Keahlian Bersatu MB Perlis digantung hingga dua penggal pemilihan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved