Keane, Arena juara Badminton Tertutup Flypower Sabah

9 Sep 2023 • 12:51 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pilihan utama Keane Chok Ken Wei dari Kalabakan dan Arena Samin dari Kota Kinabalu muncul juara pada Kejohanan Badminton Tertutup Flypower Sabah yang diadakan di Dewan Badminton Sekolah Yuk Chin di Tawau.

Keane merangkul gelaran perseorangan lelaki dengan menewaskan Hafiz Hakimi Hashim dari Pitas 21-8, 21-16 pada perlawanan akhir.

Dia juga menang mudah pada saingan separuh akhir dengan kemenangan straight set 21-14, 21-11 ke atas pilihan ketiga Muhammad Nur Azhar Zunaide dari Pitas.

Arena sebaliknya terpaksa bergelut sebelum menewaskan pilihan kedua Jola Lim Zi Yu dari Sandakan 21-12, 15-21, 21-11 untuk merangkul gelaran perseorangan wanita, tetapi dia menang mudah 21-11, 21-12 di separuh akhir menentang Sarah Lim Yung Sie dari Sandakan.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Dalam acara beregu lelaki, Eddrall Atek (Kota Kinabalu) dan Muhd Yasrin S.Roslan (Lahad Datu) berjaya menewaskan pilihan kedua Calvin Ong/Naldo Fong (Kota Kinabalu) dalam tiga set 21-13, 20- 22, 21-8 untuk mengambil gelaran itu.

Gelaran beregu wanita dimenangi oleh Goh Shuen Tong/Fong Yii Zhi dalam perlawanan akhir yang membabitkan seluruh pemain Kota Kinabalu apabila pilihan utama bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan pilihan kedua Arena Samin/Petricia Samin 16-21, 21-17, 21- 18. Tidak ada kejutan pada final beregu campuran apabila pilihan utama Naldo Fong/Goh Shuen Tong (Kota Kinabalu) menewaskan pilihan kedua Chong Kein Hiung/Adrina Aysha (Sandakan/Kota Kinabalu) 21-18, 21-16.

Dalam beregu veteran lelaki, gelaran 40 tahun ke atas dimenangi oleh Azmie Zinin/Rosley Bin Hassan (Sandakan) selepas pasangan itu menewaskan Abidin Lambo/Chok Yee Han (Kalabakan) 17-21, 25-23, 21-7 pada perlawanan akhir manakala Mohd Sam Talip/Siji Batoe (Kalabakan) merangkul gelaran juara usia 50 tahun ke atas dengan kemenangan 15-21,21-12, 21-16 ke atas rakan sepasukan Jun Bahara/Kahar Suddin.

Pertandingan selama tiga hari itu dianjurkan oleh Persatuan Badminton Kalabakan (KBA).

Ia merupakan kali kedua persatuan itu diberi tugas untuk mengadakan kejohanan itu dan presidennya Saharuddin Kassim mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Badminton Sabah.

Sementara itu, majlis penutupan disempurnakan wakil rakyat Kukusan, Rina Jainal yang turut menyampaikan hadiah kepada pemenang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.