“Kecam lah saya” – Aslam Mohon Netizen Jangan Kecam Isteri Pertama

Entertainment
2 Sep 2025 • 12:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menantu kepada penyanyi dan pelakon, Abby Abadi iaitu Ahmad Aslam tampil mempertahankan isteri pertamanya, Umisya Mazlan selepas isterinya itu menerima kecaman daripada netizen berkaitan dengan hal rumah tangga mereka.

 

Kecam lah saya – Aslam

Dalam satu potongan video daripada sesi live di TikTok, Aslam kesal dengan tindakan segelintir netizen yang jadikan Umisya sebagai bahan kecaman.

Bahkan, Aslam menyatakan bahawa dia tidak kisah jika dirinya dikecam tetapi enggan berdiam diri jika kecaman itu ditujukan kepada Umisya.

“Saya pun tidak faham. Kecamlah saya, kenapa kalian kecam Umisya? Untuk apa?”

Menjengah ke ruangan komen, dilihat ramai yang menyokong dengan kenyataan Aslam.

image is not available

Kes mengenai rumah tangga antara Aslam dan Umisya menjadi tumpuan selepas Aslam disahkan telah berkahwin dengan Marissa Dania yang merupakan anak kepada pelakon Abby Abadi bersama Norman Hakim.

Isu semakin menjadi tumpuan selepas Abby Abadi membuat satu kenyataan yang mencuri perhatian netizen, difahamkan Abby memberi bayangan bahawa anaknya dipercayai terperangkap dalam hubungan toksik.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.