Kecederaan paksa Pogacar rehat hingga tahun depan

7 Sep 2026 • 10:35 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kecederaan paksa Pogacar rehat hingga tahun depan

LONDON – Juara lima kali Tour de France (TdF) Tadej Pogacar terpaksa menamatkan saingan musim ini lebih awal selepas mengalami kecederaan termasuk keretakan pada leher akibat kemalangan di Vuelta a Espana.

Pelumba Slovenia berusia 27 tahun itu terbabit kemalangan pada peringkat kelapan Vuelta bulan lalu ketika berada dalam kedudukan terbaik untuk menyambar juara keseluruhan.

Kemalangan itu menyebabkan Pogacar mengalami keretakan tulang selangka yang memerlukan pembedahan, selain gegaran otak, keretakan leher yang disifatkan sebagai stabil serta beberapa kecederaan akibat geseran.

Keadaan itu menyaksikan Pogacar terpaksa melupakan hasrat mempertahankan jersi pelangi pada Kejohanan Dunia di Montreal, Kanada, hujung bulan ini.

Pogacar yang memenangi TdF untuk kali ketiga berturut-turut tahun ini sebelum itu mengintai peluang melengkapkan koleksi gelaran Grand Tour dengan memburu kejuaraan Vuelta selepas pernah menjuarai Giro d’Italia.

“Sudah tentu, bukan begini saya mahu musim ini berakhir. Buat masa ini, perkara paling penting adalah pulih dengan baik dan memberikan tubuh saya masa yang diperlukan,” katanya menerusi kenyataan pasukannya, UAE Team Emirates-XRG.

Pogacar turut dijadualkan mempertahankan gelaran Kejohanan Eropah di Ljubljana, Slovenia pada Oktober sebelum menyertai Il Lombardia, namun pasukannya mengesahkan dia tidak akan kembali beraksi sehingga 2027 bagi memastikan proses pemulihan berjalan sepenuhnya tanpa menetapkan tempoh tertentu untuk kembali ke perlumbaan.

Dalam perkembangan sama, UAE Team Emirates-XRG mengumumkan Pogacar melanjutkan kontraknya selama dua tahun lagi sehingga 2032. -AGENSI

The post Kecederaan paksa Pogacar rehat hingga tahun depan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved