Pogacar jalani pembedahan tulang selangka

1 Sep 2026 • 7:22 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pogacar jalani pembedahan tulang selangka

MADRID: Bintang Slovenia, Tadej Pogacar terpaksa melupakan seketika misi memburu sejarah apabila menjalani pembedahan tulang selangka kiri yang patah susulan kemalangan ngeri di Vuelta a Espana.

Pembedahan itu berjaya dilakukan semalam selepas pelumba UAE Team berusia 27 tahun berkenaan mendapat kebenaran untuk menjalani prosedur berkenaan, yang sebelum ini ditangguhkan akibat gegaran otak dialaminya.

“Pembedahan Tadej pada tulang selangka kiri berjaya dilakukan selepas beliau mendapat kebenaran untuk menjalani prosedur itu.

“Prosedur berjalan lancar dan beliau akan terus berada di hospital untuk pemantauan selepas pembedahan selama beberapa hari,” kata UAE Team dalam satu kenyataan.

Juara Tour de France lima kali itu dijangka dibenarkan pulang selepas beberapa hari untuk meneruskan proses pemulihan serta rehabilitasi di bawah pemantauan pasukan perubatannya.

Bagaimanapun, UAE Team tidak mendedahkan tempoh Pogacar perlu berehat, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap peluangnya mempertahankan gelaran dunia pada penghujung September di Kanada.

Pogacar terlibat dalam kemalangan pada Sabtu ketika perlumbaan peringkat kelapan Vuelta, kira-kira 30 kilometer sebelum penamat di Xeraco, Valencia.

Kemalangan itu merencatkan usaha Pogacar memburu koleksi lengkap tiga gelaran Grand Tour selepas dia tampil sebagai pendahulu dengan kelebihan 3 minit 50 saat selepas seminggu perlumbaan. – AGENSI/UTUSAN

The post Pogacar jalani pembedahan tulang selangka appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved