Kecilkan jurang perlindungan di luar waktu kerja

LocalPersonal Finance
5 Sep 2026 • 9:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kecilkan jurang perlindungan di luar waktu kerja
Mohd Hafizuddin

SHAH ALAM - Skim LINDUNG 24 Jam mampu mengecilkan jurang perlindungan khususnya bagi risiko kemalangan di luar waktu kerja.

Pensyarah Kewangan dan Pengurusan Risiko Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohd Hafizuddin Syah Bangaan Abdullah berkata, sebelum ini wujud satu jurang yang agak jelas di mana seorang pekerja mungkin mempunyai perlindungan apabila kemalangan berkaitan dengan pekerjaannya, tetapi apabila kemalangan berlaku dalam kehidupan peribadinya, perlindungan tersebut mungkin tidak terpakai.

Sedangkan katanya, dari perspektif keluarga, persoalannya lebih kepada kemampuan bekerja dan keterjaminan pendapatan mereka.

"Sebab itu LINDUNG 24 Jam penting kerana ia membantu mengisi ruang tersebut. Bagaimanapun, kita juga perlu jelas bahawa LINDUNG 24 Jam bukan bermaksud semua jurang perlindungan telah ditutup.

"Ia lebih tepat dilihat sebagai usaha menangani jurang perlindungan kemalangan," ujarnya.

Mohd Hafizuddin berpandangan, Skim LINDUNG 24 Jam merupakan satu langkah positif dalam memperkukuh sistem perlindungan sosial pekerja di Malaysia dan bukan sekadar tambahan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sedia ada.

"Saya melihat LINDUNG 24 Jam sebagai satu perubahan penting daripada konsep 'perlindungan ketika bekerja' kepada 'perlindungan terhadap pekerja'. Ini lebih sesuai," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved