‘Kecoh’ nuget, air RM25 secawan di SIC

LocalFood
3 Oct 2026 • 1:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Kecoh’ nuget, air RM25 secawan di SIC

PETALING JAYA – Bukan harga tiket perlumbaan sahaja yang menjadi perhatian, harga makanan dan minuman di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) turut mencuri perhatian selepas seorang pengunjung berkongsi jumlah perbelanjaan yang mencecah RM100.

Menerusi satu hantaran di Threads, pengunjung berkenaan berkongsi gambar bekas makanan iaitu nuget bersama secawan minuman yang dibeli ketika berada di litar berkenaan.

Apa yang membuatkan ramai terkejut apabila setiap bekas nugget didakwa berharga RM25, manakala satu cawan minuman pula berharga RM25.

“Nuget RM25 satu bekas dan air RM25 satu cawan berjumlah RM100. Makanan dekat sini mahal,” katanya @Ameeralhakem.

Perkongsian itu kemudian mencetuskan reaksi pengguna media sosial yang rata-rata terkejut dengan harga makanan dan minuman yang dianggap agak tinggi.

“Sedap ke nuget Bahrain tu.. saya ni pernah rasa nugget Malaysia je tiga biji RM2,” kata @Zyeza

“Lupa pula engkau pula dekat Bahrain sekarang,” seloroh @Zvty.

“Memang harga macam tu sebab sewa tapak tiga hari tu pun RM30,000 ada yang RM100,000+ pun ada. Nak murah tengok F1 kat tv je pastu beli kat pasar malam. Harga RM25 tu pun kira murah. Pastu F1 pun akan amik 20 kot revenue dari jualan tak silap akulah,” kongsi @Mudayat.

“Harga untuk ‘foreigner’ memang mahal sikit awak. Kena belajar cakap ‘local’ baru dapat murah sikit,” kata @Zaqyah. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Kecoh’ nuget, air RM25 secawan di SIC appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved