
PETALING JAYA – “F1 ke apa ka, solat jangan tinggal,” demikian teguran pengguna Threads @shahir87 yang menarik perhatian ramai selepas berkongsi gambar seorang wanita menunaikan solat di sekitar lokasi hillstand (kawasan terbuka) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.
Gambar yang dikongsikan memperlihatkan cuaca begitu panas, namun pengunjung wanita itu tidak terlepas untuk menunaikan solat zuhur sementara menunggu acara saingan Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 pada hari kedua, sebentar tadi.
Pengunjung tersebut turut meletakkan payung di hadapannya bagi melindungi dirinya dari cahaya terik ketika sujud.
Hantaran tersebut mendapat perhatian pengguna Threads dengan jumlah 10,600 tontonan, selain menerima kira-kira 911 tanda suka.
Rata-rata pengguna turut memberikan respons positif terhadap hantaran berkenaan dengan mendoakan agar wanita tersebut dipermudahkan urusannya.
“Semoga akak murah rezeki selalu,” kata @alonsosyawa.
“Masya Allah, semoga akak dalam jagaan-Nya selalu,” komen @al.mirsa
Pengguna lain &sirhadi._, turut meninggalkan komen memuji wanita tersebut yang tidak lupa kepada kewajipan sebagai orang Islam meskipun dalam keterujaan menonton F1.
“Masya-Allah bagusnya,” puji pengguna itu. – KOSMO! ONLINE
The post ‘F1 ke apa ka, solat jangan tinggal’ appeared first on Kosmo Online.






![[VIDEO] ‘KLIA ke F1 Sepang sesak teruk, kasihan orang kejar nak naik flight’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/sesak-klia-1024x575.jpeg)