![Image from: [VIDEO] Cuaca panas, Kimi Antonelli kunyah ais](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-03-at-17.14.15-1024x538.jpeg)
PETALING JAYA – Gelagat pelumba Formula 1, Andrea Kimi Antonelli mengunyah ais ketika berada di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mencuri perhatian pengguna media sosial.
Momen tersebut dirakam ketika pelumba dari Itali itu berada di SIC hari ini dan cuaca panas melanda kawasan litar.
Menerusi video yang dikongsikan, Kimi dilihat menikmati beberapa sudu ais yang dikisar daripada sebiji cawan.
Aksi ringkas itu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-rata menganggapnya sebagai cara mudah untuk menyejukkan badan dalam cuaca panas.
“Tinggal letak sirap, kacang, pastu gula melaka sedap tu kimii,” kata Abul.
“Letak sirap sikit jadi ais kepal lah,” kata Emz.
“Haha nampaklah panas betul tu,” kata Alia.
“Cuba bagi cendol dekat Kimi. Confirm tak lepas cawan tu,” kata Damia. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Cuaca panas, Kimi Antonelli kunyah ais appeared first on Kosmo Online.






