Kecurian buah sawit, peralatan kebun punca lelaki dibunuh

11 Aug 2026 • 3:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kecurian buah sawit, peralatan kebun punca lelaki dibunuh
Gambar tular memaparkan polis melaksanakan siasatan di lokasi kejadian kes bunuh di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Kelambu, Banting pada Ahad. Gambar kecil: Mohd Akmalrizal

KUALA LANGAT - Pertengkaran berkaitan kecurian peralatan pekebun dan buah kelapa sawit dipercayai menjadi motif seorang pemilik kebun dibunuh di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Kelambu, Banting di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, mangsa berusia 49 tahun ditemukan keluarganya yang keluar mencari lelaki tersebut.

Menurutnya, susulan kejadian itu, seramai lapan suspek lelaki termasuk warga asing berusia antara 20 hingga 70 tahun ditangkap bagi membantu siasatan.

"Motif adalah kecurian peralatan pekebun dan buah sawit sebelum berlakunya pertengkaran yang membawa kepada kejadian bunuh itu," katanya pada Selasa.

Beliau berkata, polis turut menjalankan semakan terhadap kesemua suspek bagi mengenal pasti sama ada mereka mempunyai rekod jenayah lampau atau sebaliknya.

Katanya, kesemua suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan sebatan sekurang-kurangnya 12 kali jika sabit kesalahan.

Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-31872222 bagi membantu siasatan.

Sinar Harian sebelum itu melaporkan polis menerima laporan berhubung penemuan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 5 petang pada Ahad lalu.

Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved