Lapan ditahan bantu siasatan bunuh lelaki kebun sawit

11 Aug 2026 • 1:15 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Lapan ditahan bantu siasatan bunuh lelaki kebun sawit

Polis tahan lapan individu termasuk warga asing bantu siasatan kes bunuh lelaki, 49, yang ditemui maut di kebun sawit Sungai Kelambu, Banting.

KUALA LANGAT: Polis menahan lapan individu bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang ditemukan maut dipercayai akibat dibunuh di kebun kelapa sawit di Sungai Kelambu, Banting di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Radzi berkata kesemua suspek termasuk warga asing berusia 20 hingga 60 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pada 9 Ogos sekitar 5 petang, polis menerima laporan anggota bertugas terdapat seorang warganegara tempatan berusia 49 tahun ditemui tidak sedarkan diri dalam kebun kelapa sawit berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Akmalrizal turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat untuk hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-3187 2222.

Beliau berkata perintah reman tujuh hari hingga 17 Ogos ini dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat ke atas semua suspek.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved