Curi alat kebun, buah sawit punca pemilik kebun mati dibunuh

11 Aug 2026 • 2:14 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Curi alat kebun, buah sawit punca pemilik kebun mati dibunuh

KUALA LANGAT – Pertengkaran akibat kecurian peralatan pekebun dan buah kelapa sawit dipercayai menjadi punca seorang pemilik kebun mati dibunuh di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Kelambu, Banting di sini kelmarin.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi dengan penemuan mangsa berusia 49 tahun dibuat keluarga sendiri semasa mencari lelaki tersebut di dalam hutan.

Katanya, susulan kejadian itu seramai lapan suspek lelaki termasuk warga asing berusia 20 hingga 70 tahun telah ditangkap bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Motif adalah kecurian peralatan pekebun dan buah sawit sebelum berlakunya pertengkaran yang membawa kepada kejadian bunuh itu,” katanya hari ini.

Menurut beliau, pihaknya turut menjalankan semakan terhadap kesemua suspek bagi mengenal pasti sama ada mereka mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang lelaki dipercayai pemilik kebun mati dibunuh dalam kejadian di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Kelambu, Banting di sini kelmarin.

Mangsa dikatakan mengalami kecederaan dengan kesan koyakan di bahagian kepala. – KOSMO! ONLINE

The post Curi alat kebun, buah sawit punca pemilik kebun mati dibunuh appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved