Kedah cuti peristiwa pada Ahad jika PN bentuk kerajaan

Politics
11 Aug 2023 • 11:02 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

ALOR SETAR — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan cuti peristiwa pada Ahad ini jika Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan.

Beliau dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan perkara itu sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) yang mana rakyat akan memilih dalam pengundian esok.

“Makluman kepada seluruh rakyat Negeri Kedah Darul Aman yang dikasihi.

“Kerajaan Negeri Kedah akan mengumumkan cuti peristiwa pada hari Ahad (13 Ogos 2023) jika Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan pada 12 Ogos,” katanya.

Seramai 1.56 juta pengundi akan menunaikan tanggung jawab mengundi pada PRN Kedah Ke-15 bagi memilihan kepimpinan negeri untuk tempoh lima tahun akan datang. -- 11 Ogos, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved