
PETALING JAYA – Sebuah gerai makan mamak dan stor simpanan barang musnah 80 peratus dalam kebakaran di hadapan Sekolah Kebangsaan Ampang di sini, awal pagi tadi.
Kebakaran membabitkan dua premis milik individu berbeza itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 3.46 pagi.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor Ashrul Riezal Asbar, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang tiba di lokasi tiga minit selepas menerima panggilan kecemasan.
Katanya, seramai 18 anggota terlibat dalam operasi pemadaman dengan bantuan BBP Pandan Indah, BBP Keramat, BBP Hang Tuah serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bandar Mahkota Cheras.
Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 4.42 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya dan operasi ditamatkan pada pukul 8.30 pagi.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan. – KOSMO! ONLINE
The post Kedai mamak, stor barang terbakar 80 peratus appeared first on Kosmo Digital.






