
PETALING JAYA – Tidak dapat berniaga secara terbuka, warga asing berkenaan dipercayai menggunakan taktik lain dengan menjual sirih di sebalik pintu besi yang tertutup agar tidak dikesan pihak berkuasa.
Taktik tersebut berjaya dirakam pengguna media sosial sebelum rakaman itu tular di aplikasi Threads.
Menerusi rakaman itu, beberapa warga asing dilihat beratur di hadapan tangga sebuah bangunan kedai yang pintunya ditutup bagi urusan jual beli sirih.
Situasi tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan rata-ratanya mempersolkan kegiatan berkenaan selain isu kebersihan yang sering dikaitkan dengan tabiat membuang sampah serta meludah sirih.
“Kena tambah hukuman buang sampah dan meludah sireh denda RM2,000 serta khidmat masyarakat..bersih Pasar Selayang,” kata Bloompink.
“Dia orang semua nak buat kecuali ikut peraturan dan balik ke negara sendiri pastu menghina-hina orang Malaysia ni ingat macam tak ada butang translate dan AI nak tolong terjemahkan zaman sekarang,” kata 4Circlet.
“Walk thru…niaga terselindung. Warga asing banyak idea nak berniaga, entah-entah tutup bahagian depan, pintu belakang ternganga,” kata Jiwakacau.
“Dah pandai beratur.. Bukti dah lama duduk Malaysia,” kata Eduan. – KOSMO! ONLINE
The post Kedai tutup, tapi ada tangan keluar lubang jual sirih appeared first on Kosmo Online.






