Misteri UFO terbang di Teheran

WorldTechnology
23 Sep 2026 • 12:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Misteri UFO terbang di Teheran

TEHERAN: Sebuah rakaman vi­deo yang menunjukkan objek terbang tidak dikenali (UFO) terbang di ruang udara Iran pada Ahad lalu. Ia menimbulkan pelbagai spekulasi bahawa objek itu bukannya buatan manusia.

Video berkenaan dirakam oleh seorang saksi di Lebuh Raya Azadegan, Teheran kira-kira jam 7.30 malam waktu tempatan yang dikongsikan di platform Twitter yang turut dikenali sebagai X.

Ia memaparkan objek bersaiz besar berbentuk bulan sabit yang disinari cahaya berwarna-warni.

“Saya benar-benar tidak tahu apa objek itu, tetapi ia berada berhampiran awan, mempu­nyai lampu khas dan terapung di angkasa tanpa sebarang bunyi!” kata saksi yang memperkenalkan dirinya sebagai Ali Sedaghati.

Beberapa pihak menduga bahawa ia kemungkinan sebuah dron yang terbang di ruang udara ibu negara Iran yang ketika ini masih berada dalam kancah konflik ketenteraan yang memasuki bulan ketujuh bersama Amerika Syarikat (AS).

Sedaghati memberitahu bahawa objek tersebut berukuran hampir sebesar sebuah pesawat besar sambil menegaskan ia bukan buatan manusia.

Saksi hanya sempat merakam kejadian itu selama lebih kurang 20 saat. Beliau menambah, apabila cuba merakam semula vi­deo kira-kira 10 minit kemudian, objek berkenaan telah pun hilang dari pandangan. 

Video yang kini telah ditonton lebih 5.2 juta kali sehingga Isnin menyaksikan ramai netizen percaya UFO tersebut ha­nyalah sebuah dron canggih. Menurut mereka, UFO yang asli tidak akan mempunyai pencahayaan yang berwarna-warni.

Sebilangan netizen lain berpendapat video itu merakamkan peralatan pengawasan ketenteraan tahap tinggi, manakala pihak berkuasa Iran masih belum memberi sebarang jawapan atau mengenal pasti objek tersebut.

Walaupun sesetengah pihak yakin lampu itu menjadi bukti kewujudan hidupan luar angkasa (makhluk asing), kerajaan AS tetap berpendirian bahawa tiada sebarang bukti pernah ditemui yang mengesahkan kewujudan UFO. – AGENSI

The post Misteri UFO terbang di Teheran appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved