Rumah jadi lokasi aktiviti tidak bermoral, servis serendah RM70

17 Sep 2026 • 12:29 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Rumah jadi lokasi aktiviti tidak bermoral, servis serendah RM70

Image from: Rumah jadi lokasi aktiviti tidak bermoral, servis serendah RM70

KLUANG – Taktik menggunakan rumah kediaman sebagai lokasi menjalankan aktiviti tidak bermoral terbongkar apabila 25 warga asing ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sekitar daerah ini, Selasa lalu.

Kesemua mereka dipercayai terlibat dalam kegiatan tersebut yang diiklankan dan diuruskan menerusi aplikasi komunikasi seperti WeChat dan WhatsApp.

Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, operasi yang dijalankan antara pukul 7 hingga 8.30 malam itu hasil maklumat awam dan risikan pihak Imigresen.

Katanya, pemeriksaan dijalankan di tiga buah kedai urut, sebuah hotel bajet dan dua buah rumah yang dipercayai disalahgunakan untuk menjalankan aktiviti tidak bermoral.

“Penggunaan premis kediaman sebagai lokasi menjalankan aktiviti sedemikian menunjukkan taktik pihak tertentu yang cuba menyembunyikan kegiatan daripada perhatian pihak berkuasa.

“Hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, perkhidmatan berkenaan dipercayai ditawarkan kepada pelanggan dengan kadar bayaran antara RM70 hingga RM180 bagi satu perkhidmatan dan dibayar secara tunai,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut beliau, 20 daripada warga asing yang ditahan merupakan wanita terdiri daripada tujuh warga Vietnam, tiga Thailand, tiga Indonesia, enam Myanmar dan seorang lagi dari negara lain.-KOSMO! ONLINE

The post Rumah jadi lokasi aktiviti tidak bermoral, servis serendah RM70 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved