Kedudukan Tuanku Muhriz, Tuanku Nadzaruddin diperincikan

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 2:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kedudukan Tuanku Muhriz, Tuanku Nadzaruddin diperincikan

SEREMBAN – Kemelut pemerintahan Negeri Sembilan memasuki episod baharu apabila Undang Yang Empat termasuk Undang yang dipertikai dan Tunku Besar Tampin memperincikan kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir serta pemilihan Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12.

Dalam kenyataan bersama oleh Datuk Maarof Mat Rashad, Abdul Rahim Yassin dan Undang Luak Johol, Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan, Datuk Muhammed Abdullah hari ini, mereka menegaskan kuasa memilih dan menurunkan Yang di-Pertuan Besar merupakan hak dan keistimewaan adat Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin.

Maarof yang membacakan kenyataan bersama berkata, perkara itu turut diperuntukkan di bawah Perkara 7, 10 dan 11 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS 1959).

“Kuasa untuk memilih dan menurunkan Yang di-Pertuan Besar adalah hak dan keistimewaan adat kami,” katanya pada sidang akhbar di Balai Kediaman Undang Luak Sungei Ujong di sini hari ini.

Mereka turut menyatakan kemelut berkaitan pemerintahan Negeri Sembilan diselesaikan menerusi proklamasi di bawah Perkara 10 UUTKNS 1959. Pengumuman rasmi berkaitan perkara itu dibuat Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 16 September lalu.

“Pemakluman rasmi berkenaan penurunan takhta Tunku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan pemilihan Tuanku Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 dibuat oleh Kerajaan Negeri Sembilan,” katanya.

Mereka turut memaklumkan perkara itu telah diberitahu kepada Majlis Raja-Raja dan menyatakan Tuanku Nadzaruddin merupakan Raja Pemerintah yang sah menurut pendirian mereka dan mempunyai kuasa menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Besar termasuk menghadiri persidangan Majlis Raja-Raja. – KOSMO! ONLINE

The post Kedudukan Tuanku Muhriz, Tuanku Nadzaruddin diperincikan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved