Krisis Istana: NGO Kekal Sokong Tuanku Muhriz

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 8:44 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Krisis Istana: NGO Kekal Sokong Tuanku Muhriz

SEREMBAN - Gabungan pertubuhan Melayu-Islam hari ini menegaskan semula sokongan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, menerusi ikrar taat setia yang dilafazkan wakil gabungan berkenaan selepas solat Jumaat, di sini.

Ikrar itu disampaikan Pengerusi Sekretariat Gabungan Islam Se-Malaysia, Che Rus Husin, di Masjid Jamek Bahau, selepas Tuanku Muhriz menunaikan solat Jumaat bersama lebih 300 jemaah.

Baginda turut diiringi Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin.

Sebelum solat Jumaat, jemaah mendengar khutbah bertajuk “Beruntunglah Orang Yang Menyucikan Jiwanya”, yang kemudiannya disusuli solat  dipimpin Suhaimi Mohamad.

Che Rus berkata, ikrar berkenaan mewakili Gabungan Melayu Islam Malaysia serta lebih 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau berkata kemelut yang melanda negeri berkenaan telah berlarutan terlalu lama sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat, bukan sahaja di Negeri Sembilan malah di seluruh negara.

“Gabungan berharap perkara ini dapat diselesaikan berlandaskan adat dan undang-undang Negeri Sembilan demi memastikan keamanan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. - Getaran, 25 September 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved