Kehadiran polis di sekolah cegah awal masalah disiplin pelajar – Fadhlina

LocalPolitics
8 Oct 2026 • 1:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kehadiran polis di sekolah cegah awal masalah disiplin pelajar – Fadhlina

PETALING JAYA – Kehadiran pihak polis di sekolah menerusi Ops Didik perlu diperkukuh bagi membantu mencegah masalah disiplin dan jenayah dalam kalangan pelajar lebih awal.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, kehadiran pihak polis secara berterusan penting dalam usaha membentuk persekitaran sekolah yang lebih selamat.

“Satu lagi yang saya beri perhatian ialah Ops Didik bersama sekolah. Kita tidak mahu polis hanya hadir apabila sesuatu kes berlaku. Kehadiran mereka di sekolah juga penting untuk memberi kesedaran dan membantu mencegah masalah disiplin serta jenayah lebih awal,” katanya menerusi media sosial, hari ini.

Beliau memaklumkan, perkara itu antara yang dibangkitkan ketika mengadakan pertemuan bersama Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintenden Jay January Siowou.

Antara perkembangan lain yang dibincangkan kata beliau, adalah mengenai program ‘Whitening the blackspot’ (Memutihkan kawasan tititk hitam) yang dilaksanakan Ibu Pejabat Polis Daerah SPS di Bukit Panchor.

“Dari kawasan yang dikenal pasti sebagai ‘blackspot’ kepada sifar jenayah sejak Julai lalu. Kawasan ini diberikan perhatian khusus melalui pemantauan dan intervensi yang lebih tersusun. Alhamdulillah, setakat ini tiada kes jenayah direkodkan sejak Julai lalu,” kongsinya.

Dalam pada itu, beliau berkata, isu warga asing yang semakin sukar dikawal di beberapa kawasan turut dibincangkan susulan kebimbangan yang dibangkitkan penduduk.

“Saya sampaikan kebimbangan penduduk supaya pemantauan dan tindakan dapat terus diperkukuh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Kehadiran polis di sekolah cegah awal masalah disiplin pelajar – Fadhlina appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved