Sekolah tutup sebab jerebu, bukan tiket sesakkan jalan balik kampung

LocalEnvironment
8 Oct 2026 • 11:06 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sekolah tutup sebab jerebu, bukan tiket sesakkan jalan balik kampung

PETALING JAYA – Penutupan sekolah susulan keadaan jerebu di beberapa negeri esok membuka peluang kepada murid dan keluarga menikmati cuti hujung minggu yang lebih panjang, namun orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menerusi hantaran di Facebook memaklumkan sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ditutup pada 9 Oktober 2026 susulan keadaan jerebu.

Di Pahang, hanya sekolah di daerah Rompin terlibat, manakala negeri-negeri lain beroperasi seperti biasa mengikut takwim persekolahan.

Penutupan pada Jumaat itu bermakna murid di kawasan terlibat berdepan cuti hujung minggu tiga hari, sekali gus dikhuatiri mendorong sebahagian keluarga mengambil peluang untuk keluar daerah atau pulang ke kampung.

Namun, langkah itu tidak digalakkan ketika keadaan jerebu masih menjejaskan kualiti udara.

Orang ramai khususnya ibu bapa disaran kekal berada di rumah, mengurangkan aktiviti luar dan mengikuti pembelajaran dari rumah (PdPR) sekiranya diarahkan pihak sekolah.

Diharapkan tiada yang menganggap penutupan sekolah sebagai ‘bonus’ untuk balik kampung kerana pergerakan serentak boleh menyebabkan kesesakan luar biasa di lebuh raya dan jalan utama, selain mendedahkan kanak-kanak kepada udara tercemar.- KOSMO! ONLINE

The post Sekolah tutup sebab jerebu, bukan tiket sesakkan jalan balik kampung appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved