Kehidupan Liana Beep Beep Terganggu Sebab Isu Syedot Asmr, Anggap Komen Netizen Seperti Pisau Tajam - “Perkataan Lucah, Maki-Makian…”

14 Aug 2024 • 9:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pempengaruh media sosial, Liana Beep Beep mengakui kehidupannya agak terganggu disebabkan kotroversi melibatkan dirinya dengan YouTuber mukbang, Syedot Asmr baru-baru ini.

Terkesan Dengan Komen

Terkesan dengan komen-komen melampau daripada netizen, Liana memberitahu dia juga menyimpan segala bukti sekiranya diperlukan di masa kelak.

 

“Ada kesan, di mana semua orang akan tahu dan bertanya mengenai isu itu. Tapi itu okay lagi, tak ada la menganggu. Yang kacau itu, yang DM fasal benda ini.

 

“Komen juga, sebab perkataan ini sangat tajam. Sebab itu kita jadi baik dengan semua orang. Banyak DM yang saya terima… banyak perkataan yang mereka (netizen) guna tak sesuai untuk video.

“Perkataan lucah pun ada, maki-makian… bukan seorang dua, tapi ramai. Saya memang simpan paparan skin mesej yang melampau daripada netizen sebab kalau ada apa-apa terjadi, saya ada pelindungan,” ujarnya kepada Gempak.

Tak Menyesal

Dalam pada itu, Liana memberitahu dia tidak pernah menyesal menjadi ‘content creator’ di Malaysia namun tidak menjangka akan melalui kontroversi.

 

“Bila balik Malaysia, saya selalu nak cuba pasaran sini. Saya orang Malaysia, nak berada bersama orang kita. Cuma saya tak sangka perjalanan saya perlu lalui seperti ini (berliku-liku).

 

“Banyak turun dan naik… apa-apa ia satu pengajaran untuk saya. Saya rasa, diri lebih kuat dan matang,” kata Liana lagi.

 

Saksikan temu bual eksklusif Syedot bersama Liana Beep Beep menerusi GMW: Motif Trending yang dihoskan oleh pengacara Isha Norsham pada Isnin di Gempak.com dan Gempak Most Wanted, setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Go dan sooka.