Kehidupan Tun M lambang kepimpinan berwawasan - Dr Noor Hisham

LocalPolitics
10 Jul 2025 • 7:58 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dr Noor Hisham dan Dr Mahathir.

PUTRAJAYA – Kehidupan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi lambang kepada kepimpinan berwawasan yang terus menginspirasikan rakyat dan negara, kata bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Mengulas sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-100 negarawan itu pada 10 Julai, Dr Noor Hisham menyifatkan usia seabad Dr Mahathir bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi mencerminkan perjalanan Malaysia daripada era pasca penjajahan kepada sebuah negara moden.

“Kehidupan beliau melambangkan ketabahan, kepimpinan yang berpandangan jauh serta komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap kemajuan negara,” kata pakar endokrin itu menerusi hantaran di laman Facebook pada Khamis.

Menurut beliau, legasi ditinggalkan oleh bekas Perdana Menteri itu terus mencetuskan perbincangan, membangkitkan rasa bangga dan menyalakan harapan untuk masa depan.

“Selamat Hari Jadi, Tun! Seabad khidmat Tun mengingatkan kita bahawa visi, seperti juga sejarah, ditulis oleh mereka yang berani memimpin,” kata Dr Noor Hisham yang juga Canselor Universiti Cyberjaya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved